Tuesday, April 28, 2020

𝓚𝓾𝓲𝓱 𝓞𝓷𝓭𝓮-𝓞𝓷𝓭𝓮 / 𝓑𝓾𝓪𝓱 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪...
 


Kulihattt hijooo..🎼🎼
Buah melaka/onde-onde, mungkin nama pelbagai tapi ia tetap sama.

Resepi ni anggaran je tau ..
Sapa dah teror tu sambil berjumping rope pun boleh buat ni...
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau guna ckit je...
Cara-cara
Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.



Thursday, April 9, 2020

𝓢𝓪𝓷𝓽𝓪𝓲 𝓟𝓮𝓽𝓪𝓷𝓰...
Selamat petang semua!! Kalau dapat cuq bilis kucai ni, tengok yang lain tak mau dah. Satu satu kena ngap tengok2 tinggal sebiji haha. kena plak cicahnya ngan cili sos campur bawang putih fuh! Makan time suam-suam gitu, adududu begitu nikmatnya alahai, Pekena plak ngan teh O lipton kan. Sejak PKP ni, masing2 pasti teror masak-masak dah sekarang. Pelbagai menu pejam mata dah terhidang. Tuu betapa terrornya kan? Inilah dia hikmah PKP, dapat kumpul ngan family dan mencuba-cuba aneka menu gitu. Pasti rindu saat-saat berkurung macam ni, tak percaya nantikan bila dah mula bekerja nanti . Ada ketika difikirkan, seperti Allah makbulkan seketika doa dan kata2 kita. Pasti ada diantara kita pernah berkata "bestnya kalau duduk rumah gaji jalan". Haaa, kan inilah dia Allah nak tunjuk dan makbulkan mungkin beri ruang kita berehat seketika . Tapi nak berjaya dan kaya, kita tak boleh terus makan tidur je, kenalah bangun dan terus majukan diri kan? So selamat membaca, i nak makan cuq ni. Jumpa lagi dilain warkah! daaaa!!


𝓘𝓷𝓭𝓪𝓱𝓷𝔂𝓪 𝓒𝓲𝓹𝓽𝓪𝓪𝓷 𝓘𝓵𝓵𝓪𝓱𝓲...

Keindahan alam pada pemandangannya. Keindahan manusia pada hati nuraninya. Sesekali jiwang kemain, jauh fikiran melayang gitu haha. Betapa tenangnya melihat kehijauan. Walaupun zahirnya keserabutan yang sedang kita semua hadapi. Alam melukis untuk kita, hari demi hari memberikan keindahan yang tak terbatas. Fuh, bersastera plak haha, jangan meluat ok! 
Ok berbalik pada gambar ni. Di ambil dari Latar Hiway ketinggian 120++meter, drone DJI Mavic Air. Saja shot untuk simpanan dan menyusun bibit-bibitkan kata nak simpan dalam blog ni je. Hobi macamni boleh hilangkan stress dan kita lupakan sementara apa yang tak perlu. Just enjoy it! Jangan jemu membaca ok dan Stay At Home!
𝓑𝓪𝓴𝓮 𝓘𝓽 𝓤𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓨𝓸𝓾 𝓜𝓪𝓴𝓮 𝓘𝓽...
Nampak tak kegebuan doh-doh.. mekar bukan? haha


Haa, indahnya putaran seiringan dengan bau-bauan coffee gituhh...

Taraaa, rasa nak berjoget ok!! Bila menjadi. sebiji pun kenyang beb. So apa lagi jom try. Anda pasti tertawan. Jom tengok resipi dan cara. 

Selamat mencuba.. anda pasti berjoget haha

Resepi roti

Air sejuk + 1 biji telur jadikan 265gm

400 gm tpg high protein

100 gm tpg gandum

30 gm susu tepung

1 sdu teh garam

50 gm gula

11gm instant yis saf

80 gm marjerin

1sudu besar #rfb ..#rfb memang terbaik!

Cara-cara

Kalau ada mixer campur semua.

Biar kembang,uli bg buang angin. Kemudian boleh la bentukkan ikut citarasa.sendiri. Biarkan seketika doh naik sekali lagi. Then bakar 200° selama 15minit (ikut kesesuaian oven)..Taraaa siap!


Inti:

10 gram mentega

40 gram gula perang

1/4 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.

Masukkan ke dalam plastik dan bekukan.

Setelah beku, potongkannya berbentuk kiub supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam doh roti.

ATAU

Nota:

Tapi inti cara saya sebab nk cpt, ambil sesudu teh planta pastu letak gula ujung sudu..pastu roll kan jd bulat ...fuh gandingan mantap planta ngan gula! Try2 je mnjadi u huhuhu..

Topping:

2 sudu besar air

2 sudu besar kopi / mocha segera (3 in 1)

1/4 sudu kesil esen vanila

50 gram gula aising

50 gram mentega

1 biji telur

50 gram tepung kek

Cara-cara:

Kacau kopi bersama air sehingga larut dan masukkan esen vanila. Ketepikan.

Pukul gula aising bersama mentega sehingga sehingga gebu dan berkrim menggunakan kelajuan tinggi.

Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

Masukkan air kopi yang telah dibancuh tadi.

Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sehingga adunan sebati.

Isikan adunan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.

Nota:

Boleh sediakan topping dan inti 2-3 hari lebih awal.

Jika menggunakan kopi @ nescafe yang asli, boleh kurangkan jumlahnya supaya tidak terlalu pahit.

Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing

Wednesday, April 8, 2020


𝓢𝓽𝓪𝔂 𝓐𝓽 𝓗𝓸𝓶𝓮...

Bersiaran kembali! Lamanya tak menjenguk di halaman rinduku ini.Tika ini, semuanya diduga dengan wabak yang makin mengganas! Bukan di luar negara, negara kita juga terjebak. 
Ya, Allah ampunilah kami. Demi kesihatan, demi kesejahteraan semua duduklah di rumah, jaga diri sesama keluarga ok! Semoga kita dapat kembali bertugas dan kehidupan akan berjalan seperti sediakala. Duduk di rumah? Bukan bermakna kita baring. tidur, makan, tengok tv, tidur dan makan saja. Masa inilah masa kita manfaatkan nikmat yang jarang2 berlaku. Pertama sekali masa berkumpul dengan keluarga, solat tepat waktunya dan boleh berjemaah kan? Marilah kita terus berdoa, walaupun tiada pasti bila semuanya akan kembali pulih.

“𝓢𝓮𝓼𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾𝓱𝓷𝔂𝓪 𝓴𝓪𝓶𝓲 𝓫𝓮𝓻𝓵𝓲𝓷𝓭𝓾𝓷𝓰 𝓭𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓜𝓾 𝓭𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪 𝔀𝓪𝓫𝓪𝓴 𝓒𝓸𝓿𝓲𝓭-19, 𝓼𝓮𝓰𝓪𝓵𝓪 𝓹𝓮𝓷𝔂𝓪𝓴𝓲𝓽, 𝓴𝓮𝓫𝓾𝓻𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓽𝓲𝓷𝓰𝓴𝓪𝓱 𝓵𝓪𝓴𝓾 𝓭𝓪𝓷 𝓶𝓪𝓵𝓪𝓹𝓮𝓽𝓪𝓴𝓪.“𝓨𝓪 𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱, 𝓱𝓲𝓵𝓪𝓷𝓰𝓴𝓪𝓷𝓵𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓰𝓪𝓵𝓪 𝓴𝓮𝓼𝓮𝓷𝓰𝓼𝓪𝓻𝓪𝓪𝓷 𝓴𝓪𝓶𝓲, 𝓼𝓮𝓶𝓫𝓾𝓱𝓴𝓪𝓷𝓵𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓰𝓪𝓵𝓪 𝓹𝓮𝓷𝔂𝓪𝓴𝓲𝓽 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓲𝓶𝓹𝓪 𝓷𝓮𝓰𝓪𝓻𝓪 𝓴𝓪𝓶𝓲. 𝓐𝓶𝓲𝓷 𝔂𝓪𝓻𝓪𝓫𝓫𝓪𝓵'𝓪𝓵𝓪𝓶𝓲𝓷..


Sunday, January 19, 2020




 𝓚𝓮𝓴 𝓛𝓮𝓰𝓮𝓷𝓭...


Assalammualaikum semua! Lamanya tak skodeng diary online i ni. Tengok betapa sibuknya i kan. HaHaHaHa..konon². Harini tak ada la topik menarik sangat just nak share resepi kek legend. Sedapnya sambil makan pejam mata u. Kek ni memang tak boleh lawan kek lelain, walau macam² jenis kek baru yang muncul di alaf baru ni kan. So, jom kita tengok resepi mudah dan selamat mencuba!!


Kek Marble Legend


Bahan A
1 cawan margerin (apa² brand blh, tapi saya guna buttercup)
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan ¾ cawan)
3 biji telur
2 sudu makan susu pekat manis (saya guna cap teko)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum (cap rose)
1 sudu makan baking powder
**Ayak bersama

Bahan C
Pewarna 3 jenis
Cara-caranya mudah sgt
Mix semua bahan A sampai gebu.
Masukkan sedikit2 bahan B.
Gaul je hingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kpd 3 bahagian, gunakan bahan C. Ikut kreativiti sendiri
Panaskan oven. Bakar selama 40-50 minit api atas bawah, suhu 180 darjah celcius, mengikut oven masing²

Thursday, November 7, 2019

𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓛𝓾𝓪𝓻 𝓑𝓲𝓪𝓼𝓪...

Serahkanlah cinta luar biasa kita hanya pada Yang Esa. Terasa diri begitu banyak kekurangan dan banyak kesilapan. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk diri ini ke arah yang diredhai. Sesekali mencabar diri try buat sesuatu yang tak pernah terfikir nak buat selama ni. Yeay!! tak sangka cubaan berjaya walau terkial-kial haha!! Memang seronok isi masa lapang, melihat keindahan dari udara. Jangan jemu baca dan skodeng blog sempoi saya ni ye heeeehe. Selamat membaca! Terimalah lagu ini untuk semua 💕

𝓚𝓾𝓲𝓱 𝓞𝓷𝓭𝓮-𝓞𝓷𝓭𝓮 / 𝓑𝓾𝓪𝓱 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪...     Kulihattt hijooo.. 🎼 🎼 Buah melaka/onde-onde, mungkin nama pe...