Monday, October 21, 2019


𝓒𝓱𝓮𝓮𝓼𝓮 𝓢𝓽𝓲𝓬𝓴 𝓑𝓻𝓮𝓪𝓭...


Fuhhh bila kita berkarya di dapur dan menjadi betapa gembira sangat. Sambil berjoget jgk la. hahahaha!! Cheese Stick Bread memang favourite ramai kan, why not kita cuba sendiri..Nah! resepi.. jom try ..

Resepi roti asas

Air sejuk peti ais + 1 biji telur jadikan 265gm

400 gm tpg high protein

100 gm tpg gandum

30 gm susu tepung

1 sdu teh garam

50 gm gula

5 gm instant yis saf

80 gm marjerin

1 sudu #rfb

Cara-cara

Kalau ada mixer campur semua. Biar kembang ..then uli bg buang angin ....pastu bentukkan doh ikut la kesukaan dan kreaviti masing2. Biarkan naik lagi. Bakar 170° selama 15minit (ikut kesesuaian oven).

Resepi ni saya guna untuk pelbagai roti termasuk pizza. Kita guna kreativiti kita untuk ubah suai ikut selera sendiri. Atau petik je youtube boleh tengok macam2 patern roti kita boleh cuba kan.Ok la, sekian untuk hari ni. Selamat menjamu mata ok! Byeeeee..

Tuesday, October 15, 2019

𝓙𝓸𝓶 𝓕𝓵𝔂!...

Cita² itu memang berawal dari mimpi tapi jangan lupa bangun utk meraihnya. Yeay! Alhamdullillah! Mimpi yang jadi nyata. Ibarat lukisan je bila melihat dari atas ni. Sesiapa yang minat dengan sessi fotografi tak sah kalau tak ada drone kot. Cumanya andai ada minat macam ni, kenalah banyak berkorban dari segi masa dan segalanya untuk capture gambar yang menarik. Saya yang baru menyelam dengan minat dan hobi baru, tetiba je muncul. Haahahaha! So fun and enjoy! Sesuailah untuk release tension and stress, bila dapat tengok keindahan alam semulajadi dan keindahan buatan manusia dari atas. So happy reading everyone!!

Tuesday, October 8, 2019

𝓓𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓟𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓑𝓪𝓷𝔂𝓪𝓴 𝓟𝓮𝓻𝓼𝓲𝓶𝓹𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 ...


Andai perjalanan pun banyak persimpangan, begitu juga kehidupan. Betul kan? Terserahlah pada diri untuk memilih jalan mana terbaik. Andai tersilap jalan, andai tersilap langkah kaburlah masa hadapan. Begitu juga dalam memilih kawan dan teman hidup, andai salah memilih akan rosaklah kehidupan. Fuh! kusyuk baca nampak haha. 
Dalam banyak gambar, gambar yang ni terlalu menarik hatiku hingga menusuk ke dalam jiwa. Haaa, sudah pasti sebab kehijauan. Diulangi saya tak boleh berhenti melihat keindahan. Untuk pengetahuan semua, ni guna handphone Oppo A77 je!! Jangan ingat handphone murah tak cantik gambarnya kan. Ok jom sambung keje, jgn jemu baca blog saya yang tak seberapa ni yee.. Happy reading!!



Monday, October 7, 2019

𝓜𝓮𝓵𝓲𝓱𝓪𝓽 𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓾𝓭𝓪𝓻𝓪!!...
Impian yang jadi nyata! Fuhhh! Fuhhh! Seronok sangat bila impian dan keinginan tercapai.Tak kenal maka tak cinta kan? Terima kasih kat member yang jauh datang sudi guide i main drone. Seronok tu tak terkata. Bagai kita terbang di udara tau! Hahahaha! Tengok betapa gembira sangat kan? Memang sesuai untuk sesiapa yang suka akan fotografi ni. Sesiapa pun boleh jadi fotografi sebenarnya. Bak kata pepatah org barat "Life is short capture every moment" jadinya jom capture it remember it. Yang pasti sesiapa ada drone, silap2 DSLR tak nk pegang dah hahahaah! Kita berbalik pada melihat dari udara. Betapa indahnya alam ini, andai kita nikmati sebaiknya langkah-langkah dengan cantik dan positif. Akhir kata, lihatlah keindahan agar keserabutan akan tenang walau seketika. Nantikan cerpen i lagi tau, jangan jemu! Jom sambung kerja!
𝓘𝓷𝓭𝓪𝓱𝓷𝔂𝓪 𝓚𝓮𝓱𝓲𝓭𝓾𝓹𝓪𝓷 ...

Pemandangan akan terlihat indah dari kejauhan demikian juga orang lain dengan kehidupannya. Pandang dan lihatlah sejauh yang boleh. Bayangkan kita akan capai yang jauh tu. Fuh! macam kaunselor plak i ni kan haha. Kat tasik ni, memang sesuai la untuk yang suka berjogging tak pun yang nak study. Tempat yang tenang, ada pokok-pokok kiri kanan memang masuk dalam minda la segala ilmu. Beruntunglah student UTM ni, dalam kawasan universiti ada taman. Untuk semua, terima kasih sudi mentelaah blog saya yang tak seberapa ni. Nantikan kisah-kisah yang lain lagi. Daaa!!
𝓚𝓮𝓭𝓪𝓶𝓪𝓲𝓪𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓚𝓾𝓬𝓪𝓻𝓲...

Lihatlah keindahan agar hati kita akan tenang buat seketika. Betapa indah ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan untuk kita smua kan? Seronok kalau kita dapat travel ni, tak kisah la luar negara atau dalam Malaysia. Kena gaya percutian tu, memang membahagiakan. Penting tau sesekali kita ni kosongkan minda dan lari jauh sikit dari ibu kota yang serabut ni. Jom cuti-cuti!
𝓛𝓪𝓷𝓰𝓴𝓪𝓱 𝓢𝓮𝓲𝓻𝓲𝓷𝓰𝓪𝓷 ...

Rutin harian ibarat langkah seiringan di setiap insan walau tidak mengenal antara satu sama lain. Langkah pencarian rezeki tanpa jemu walau selalu diselubungi Monday Blues setiap hari. Betul tak? Perjalanan yang sangat displin. Eh displin ke? jaga-jaga AES ada tu hahaha. Perjalanan yang tidak pasti lagi penghujungnya. Mungkinkah terhenti disaat kita tidak lagi memanfaatkan usia yang ada? Jom kita aturkan setiap langkah dengan sebaiknya. Andai tersilap langkah, padahnya mungkin terkesan sampai bila-bila. Eh! apa membebel pepetang ni haha. Sekian untuk tatapan petang yang hangat ni. So stay tune dengan langkah anda semua k! Hidup perlu kebahagiaan yang sempurna. Tarik nafas dan hembus dengan kelegaan yang sempurna juga. Biasa la mood hari Jumaat ni seronok sangat nak balik rumah. So berjiwang sesikit kan kahkahkah! Jom balik guys..
P/S: don't text while driving ok?
𝓐𝓻𝓽 𝓞𝓯 𝓥𝓮𝓰𝓮𝓽𝓪𝓫𝓵𝓮𝓼 ...

Cantiknya tomato. Itulah ciptaan Allah. Tak tau kenapa tiba-tiba suka shoot gambar. Mungkin dah dapat rasai setiap tempat ada keindahannya. Sampai pakcik makcik kedai tu terjeling-jeling. Maaf makcik pakcik, adik manis tumpang amik gambar tau. (Hahahaha.) Mungkin dah dapat rasai setiap tempat ada keindahannya. Cewah bermadah plak hahaha. Betapa tenang tengok gambar tomato yang kejinggaan ni. Haa..enak dimakan begitu saja, memang favourite! Tambah ngan kicap, fuhh! sedap. Try la, uuu sedap beb!.
Ermm petang-petang ni dah kurang sikit idea, so see u soon. Jangan jemu baca blog sempoi i ni tau.
 𝓟𝓮𝓷 𝓓𝓪𝓷 𝓚𝓮𝓻𝓽𝓪𝓼 ...
Pantang dapat pen dan kertas, memang jari jemari ada je yang nak dicoretkan, sekurangnya gambar kartun lidi, hahahah! Setiap tulisan dari jari i yang berinai ni memang ada tersirat yang lahir dari hati, haa gitu! Kadang-kadang elok jugak bercerita atas kertas lepas tu buangkan. So mesti lega kan! Tapi ikutlah cara masing-masing. Mencoret, menulis, melukis dan menconteng memang habit aku dari zaman kanak-kanak riang lagi, sekali pasang angan-angan panjang ok! hahhaaha( gelak besor). Dulu diari jadi sahabat. Ermm macam diari tu ada mata dan mulut plak boleh balas balik ahakkss. Paling best time baca balik, boleh buat kita senyum sendiri, nak marah, geram kat sesiapa abis dok tulis dalam diary rasain hahaha. Kemungkinan ada mukasurat yang hancur sebab tulis sambil guris-guriskan ngan pen kan?kan? hahaha. Indahnya zaman diari dan sekarang blog. Ha! lagi best sebab boleh letak gambar-gambar. Jangan jemu layan blog i yang tak seberapa ni..hahahhaaduii!
𝓟𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓣𝓲𝓪𝓭𝓪 𝓟𝓮𝓷𝓰𝓱𝓾𝓳𝓾𝓷𝓰...

Jauh perjalanan luas pengalaman.
Pertama kali menjejak kaki di bumi Korea. Auww! bagaikan mimpi. Sememangnya jatuh cinta dengan suasana disana, ermm mungkin sebab berbeza cuaca di Malaysia. Haaa! rasa tak nak balik dah hahaha (ketawa nakal). Tapi bukan senang-senang ke negara orang, jadi bila dah sampai sana aku dan kamera takkan berpisah, setiap sudut nak shoot! Harapan tinggi nak sampai lagi dan boleh jogging dalam salji grrrr! sejuk tapi besttt! So stay tune tunggu kisah2 lain plak.
𝓜𝓪𝓼𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓚𝓪𝓶𝓹𝓾𝓷𝓰...


Yang simple tu yang selalu menyelerakan betul kan?
tgk je sambal sotong tu, confirm tak tengok lain dah walau pun pedas membahang haha..so enjoy your lunch ok!
alamak lapor plak tgk gambo2 makanan ni..
 𝓙𝓸𝓶 𝓜𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓐𝔂𝓪𝓶 𝓟𝓮𝓷𝔂𝓮𝓽...


Ada masa tu, sampai tak tau nak makan apa dah untuk lunch.
Tapi terkenang drumstick kat ayam penyet ni, memang tuju terus haha..
fuhh!memang layan u...
Sambil makan sambil berphotography..
Seni itu indah!

𝓗𝓸𝓶𝓮𝓶𝓪𝓭𝓮 𝓟𝓲𝔃𝔃𝓪...


Haa, try plak ala2 western..i want it i get it.. so jom tengok resepi yang senang sgt nk cuba...
Resepi roti pizza
Resepi roti asas

Air sejuk peti ais + 1 biji telur jadikan 265gm

400 gm tpg high protein

100 gm tpg gandum

30 gm susu tepung

1 sdu teh garam

50 gm gula

5 gm instant yis saf

80 gm marjerin

1 sudu #rfb

Cara-cara
Kalau ada mixer campur semua dan mix. Biar kembang. Kemudian uli untuk buang angin, pastu bentukkan doh piza., biarkan naik lagi.

Bila dah naik doh piza, bakarkan sekejap roti piza 200° selama 10minit lbh² kurang. (ikut kesesuaian oven), ingat hanya untuk matikan yis je, kena la intai² jgn smpai masak sungguh plak roti piza tu.. Bila dah siap dibakar roti piza blh la simpan atau boleh terus letak topping dan bakar suhu 200° dlm 15-20 minit....taraaa siapp..
𝓜𝓮𝓮 𝓖𝓸𝓻𝓮𝓷𝓰 𝓢𝓮𝓶𝓹𝓸𝓲 ...


Sesekali kena mee goreng mmg nikmat, yang penting boleh berphotography hahaha,
ada gaya food photgraphy tak? kite tanya je heee..
dapat makan yang ni, memang tak tengok menu2 lain dah..ahakzzz..
selamat mencuci mata semua!

𝓚𝓾𝓲𝓱 𝓞𝓷𝓭𝓮-𝓞𝓷𝓭𝓮 / 𝓑𝓾𝓪𝓱 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪...     Kulihattt hijooo.. 🎼 🎼 Buah melaka/onde-onde, mungkin nama pe...