Tuesday, April 28, 2020

𝓚𝓾𝓲𝓱 𝓞𝓷𝓭𝓮-𝓞𝓷𝓭𝓮 / 𝓑𝓾𝓪𝓱 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪...
 


Kulihattt hijooo..🎼🎼
Buah melaka/onde-onde, mungkin nama pelbagai tapi ia tetap sama.

Resepi ni anggaran je tau ..
Sapa dah teror tu sambil berjumping rope pun boleh buat ni...
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau guna ckit je...
Cara-cara
Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment

𝓚𝓾𝓲𝓱 𝓞𝓷𝓭𝓮-𝓞𝓷𝓭𝓮 / 𝓑𝓾𝓪𝓱 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪...     Kulihattt hijooo.. 🎼 🎼 Buah melaka/onde-onde, mungkin nama pe...